Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Disember 2008

Aku, kau dan dia….

Salam… Biasalah bila ada sahaja aku menulis , pastinya ada sesuatu yang ingin kusampaikan. Terpulanglah kalian untuk memahaminya atau tidak…

Kau, yang membaca boleh pertimbangkan tulisanku ini, itu pun kalau kau baca. Kalau tidak, kau menjadi dia…

Usah tanya si dia. Dia belum membacanya. Kalau dia membacanya, maka aku dan dia menjadi seperti aku dan kau.

Maka, aku dan kau mulalah berkomunikasi. Soalan aku pada kau, apakah erti cinta kau pada si dia? Aku tak faham. Maka kau berkata, “Tersangat-sangat sayang.” Aku ketawa kecil. Kalau begitu, kau sayanglah si dia.

Kau mengangguk yakin. “Kalau dia tidak sayang akan kau?” Gusar. Kau cuba mencipta erti sendiri, yang dia sayang akan kau. Sekali lagi aku ketawa.

“Kau pasti?” Kau senyap sebentar. Bagaimana hendak mensahihkan pandangan kau. Sedangkan dia ta pernah berkata apa-apa.

Kau kata nanti kau tanya dia. Tapi, kalau kau tanya dia, maka aku dan kau tidaklah bererti di sini? Kan ini akan mengubah status kita… Aku menjadi dia, kau menjadi aku, dan dia menjadi kau.

Maka berkitarlah kata-kata aku, kau dan dia.
Kau pening? Aku dah katakan. Ini antara kau dan aku. Kalau dia yang kau bicara, maka aku akan menjadi si dia….

Advertisements

Read Full Post »

Autobiografi : Aku Seekor Hamster

Dilahirkan di sebuah pusat pembiakan haiwan belaan ini lantas mengunsi segala kebebasanku. Ibuku melahirkanku tanpa sempat merasa kasih seekor suami hamster. Mana tidaknya, aku ialah hasil dari persenyawaan tabung uji. Kemudiannya, aku diletakkan dalam rahim ibuku sehinggalah aku dilahirkan. Walaupun begitu, ibu aku tetap menyayangi aku dan dua adikku seperti mana seekor ibu hamster yang lain.

Selepas beberapa minggu bersama ibuku, masa mesra kami dirampas kerana aku diletakkan bersama-sama adik-beradikku, jua rakan-rakan sebaya di dalam sebuah bekas khas. Kami terpaksa berdikari sendiri tanpa sedikit pun perhatian dari orang tuaku. Kalau manusia, sudah tentulah kami akan terjebak dalam kancah sosial. Malang sekali, nak merempit pun motor tiada, apatah lagi nak melayan “shisa”…

Setelah aku menjadi remaja, aku pun dihantar bersama-sama rakan hamster yang lain ke sebuah tempat yang khas untuk menjual haiwan-haiwan peliharaan. Perpindahan itu sedikit sebanyak melupakanku tentang kematian dua adikku semasa kami bersama di pusat pembiakan tersebut.

Hampir sepurnama aku berada di kedai itu, datanglah seorang hamba Allah yang sudi membeli aku. Hal ini demikian kerana si polan ini ingin menghadiahkan aku ke sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Aku bersendiri lagi, kerana selepas kehilangan adik-beradikku, aku terpaksa berpisah dengan rakan-rakanku. Hanya tuhan sahaja mengerti perasaan aku ini…

Aku dibawa ke sebuah TASKA yang berdekatan. Mujur ada juga haiwan peliharaan yang lain ada di Taska tersebut. Aku diletakkan di sangkar khas, di tepi sekali dalam bilik belajar itu. Sebelahku ada seekor kura-kura dan seekor anak itik. Mereka memang ramah dan suka membantu.

Walaupun aku mengalami kenangan yang penuh kepahitan sepanjang laluanku ke sini, namun aku sedar tiada kejayaan tanpa cabaran dan dugaan yang terpaksa kita lalui. Aku kini dikenali ramai. Kami sekawan menubuh band, eh, bukan band, tetapi pasukan keselamatan yang menyelamatkan haiwan. Itulah impian bagi semua haiwan herbivor macam kami, kalau karnivor, jangan harap la…

Telefon sudah pun berbunyi. Aku terpaksa pergi menyelamatkan haiwan. Apa yang penting ialah kerjasama. Oleh itu, ini serius dan mesti bantu. Kamilah Wonderpet, kami tak besar dan kami tak kuat bila bekerjasama, semua jadi mudah….

Yang Ikhlas
Danny

Read Full Post »

SEJARAH : HIKAYAT HANG TUAH….

Sekalian zaman berlalu meniti, tanpa menanti sedikit pun kita, dan takala masa itu jualah emas yang tiada tanding nilainya. Arakian bermula sebuah kisah seorang pemuda yang gigih mengharungi cabaran dan dugaan dalam mencapai cita-cita dan impiannya. Sementelaah pula, keadaan masa yang sentiasa menindas barang siapa yang mundur dan miskin kini, menguatkan lagi tekad dan itikad sang pemuda yang gigih itu.
Maka, perjalanan jauh itu diteruskan tanpa sebarang keraguan mahupun gusar malah dihadapinya tabah. Sekian melata perjalanan dengan perasaan peri pelbagai, lantaran jauhnya bak sepurnama jauhnya. Dia cukup gigih, justeru semangatnya itu tak lekang dek lelah yang melanda.
Dijadikan sebuah hikayat bertemulah dia dengan sang pendita yang tak kurang misterinya. Dia lantas mengambil keputusan untuk bertapa, menimba ilmu dengan sang pendita tadi. Dia lihatnya keelokkan ilmu sang pendita yang kerap-kali menjadi daya tarik untuknya bersama dengan pendita itu.
Suatu hari, beberapa lama bersama, maka bertanyalah sang pendita kepada sang pemuda yang bersemangat itu.

“Wahai sang pemuda, barang kali bolehkah aku menduga kehebatanmu itu?”
Sang pemuda itu kaget tetapi tenang menjawab.
“Baiklah pendita yang bijaksana, adapun hamba bukanlah selayaknya untuk diduga, tetapi demi kehormatan tuan hamba maka bertanyalah…”
Pendita itu kagum. Lalu tersenyum bangga. Inilah pemuda yang menjadi contoh untuk masa kini. Tak dilengahkan masa maka ia bertanyalah,
“Baiklah, masa aku di sini pun hampir sahaja ke penghujungnya. Jadi, jawablah..”
Sang pemuda memasang telinganya dengan teliti, barang sepatah pun tidak mahu dilepasnya. Diangkatnya kata-kata yang terpacul nanti bagai amanat akhir pendita itu.
“Banyak-banyak hantu, hantu apa yang hebat?”
“Hah…?”
Tiba-tiba beberapa kelibat lembaga pantas menghampiri pendita itu lalu mengepungnya. Puaka hutan yang bisa menemaninya mungkin marah akan soalan tersebut.
“Pendita….”
“Maaf encik, kami daripada hospital mental, baru sahaja mendapat tahu pesakit kami terlepas di sini. Walaupun rupa si tua ini macam prof, tapi believe or not, dia ni tak betul!”
Terpinga-pingalah si pemuda itu. Dia menepuk dahinya tanda bengong sungguh…
“Jawapannya Hang Tuah, hahahha…!”
Si tua gila tadi menjerit-jerit sambil diheret oleh beberapa pembantu perubatan.
Maka, hikayat pun bermua…..

Read Full Post »