Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for April 2009

Kronologi Perlawanan antara Kelab Baris Nas FC menentang People Right United.

Pasukan Baris Nas FC: 1 (Malclom Bala, pen -min.31)

“Hari ini MESTI menang! Tak kira.” Pengurus kelab, Ronaj Ibratunya melontarkan kata-kata. Memanglah…. segala-galanya cukup, apa yang tiadanya. Fasiliti hebat, kelengkapan hebat….. Abis semuanya dikeluarkan modal. Pemain? Power jugak (ke lain).

Pasukan People Right United : 2 (Islamno Ronizar, 87, Dimikumar Berbatos, 14)

“Menang kalah, adat. Usaha mesti lebih…” Hadex Ferawang, pengurus kelab merendah diri. Mereka tak bisa memiliki kelengkapan seperti kelab lawan, tapi pemain mereka lebih berdisplin. Itu yang sampai kelab sebelah bayar yuran perpindahan RM 50 juta untuk mendapatkan pemain kelab ini.

Penyokong-penyokong :

“Kami nak sokong, FRU tahan, apa cite?” “Tiket tiba-tiba terlebih… Pembeli hantu ke?” “Apasal TV asyik tunjuk pemain Baris Nas? Mana United?”

Perlawanan:

Pengadil asyik meniup wisel time pemain Untied kasar sikit. Apabila pemain Baris buat hal, buat dono jer…. Penjaga garisan asyik angkat flag belah United…. offsaid sini, offsaid sana…

Keputusan :

Gol kemenangan, gol kedua memberikan kemenangan kepada United. Apalagi Ronaj pun melalak la. Ada duit beli player United lagi, kalau boleh…..

Advertisements

Read Full Post »