Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Dilahirkan di sebuah pusat pembiakan haiwan belaan ini lantas mengunsi segala kebebasanku. Ibuku melahirkanku tanpa sempat merasa kasih seekor suami hamster. Mana tidaknya, aku ialah hasil dari persenyawaan tabung uji. Kemudiannya, aku diletakkan dalam rahim ibuku sehinggalah aku dilahirkan. Walaupun begitu, ibu aku tetap menyayangi aku dan dua adikku seperti mana seekor ibu hamster yang lain.

Selepas beberapa minggu bersama ibuku, masa mesra kami dirampas kerana aku diletakkan bersama-sama adik-beradikku, jua rakan-rakan sebaya di dalam sebuah bekas khas. Kami terpaksa berdikari sendiri tanpa sedikit pun perhatian dari orang tuaku. Kalau manusia, sudah tentulah kami akan terjebak dalam kancah sosial. Malang sekali, nak merempit pun motor tiada, apatah lagi nak melayan “shisa”…

Setelah aku menjadi remaja, aku pun dihantar bersama-sama rakan hamster yang lain ke sebuah tempat yang khas untuk menjual haiwan-haiwan peliharaan. Perpindahan itu sedikit sebanyak melupakanku tentang kematian dua adikku semasa kami bersama di pusat pembiakan tersebut.

Hampir sepurnama aku berada di kedai itu, datanglah seorang hamba Allah yang sudi membeli aku. Hal ini demikian kerana si polan ini ingin menghadiahkan aku ke sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Aku bersendiri lagi, kerana selepas kehilangan adik-beradikku, aku terpaksa berpisah dengan rakan-rakanku. Hanya tuhan sahaja mengerti perasaan aku ini…

Aku dibawa ke sebuah TASKA yang berdekatan. Mujur ada juga haiwan peliharaan yang lain ada di Taska tersebut. Aku diletakkan di sangkar khas, di tepi sekali dalam bilik belajar itu. Sebelahku ada seekor kura-kura dan seekor anak itik. Mereka memang ramah dan suka membantu.

Walaupun aku mengalami kenangan yang penuh kepahitan sepanjang laluanku ke sini, namun aku sedar tiada kejayaan tanpa cabaran dan dugaan yang terpaksa kita lalui. Aku kini dikenali ramai. Kami sekawan menubuh band, eh, bukan band, tetapi pasukan keselamatan yang menyelamatkan haiwan. Itulah impian bagi semua haiwan herbivor macam kami, kalau karnivor, jangan harap la…

Telefon sudah pun berbunyi. Aku terpaksa pergi menyelamatkan haiwan. Apa yang penting ialah kerjasama. Oleh itu, ini serius dan mesti bantu. Kamilah Wonderpet, kami tak besar dan kami tak kuat bila bekerjasama, semua jadi mudah….

Yang Ikhlas
Danny

Advertisements

SEJARAH : HIKAYAT HANG TUAH….

Sekalian zaman berlalu meniti, tanpa menanti sedikit pun kita, dan takala masa itu jualah emas yang tiada tanding nilainya. Arakian bermula sebuah kisah seorang pemuda yang gigih mengharungi cabaran dan dugaan dalam mencapai cita-cita dan impiannya. Sementelaah pula, keadaan masa yang sentiasa menindas barang siapa yang mundur dan miskin kini, menguatkan lagi tekad dan itikad sang pemuda yang gigih itu.
Maka, perjalanan jauh itu diteruskan tanpa sebarang keraguan mahupun gusar malah dihadapinya tabah. Sekian melata perjalanan dengan perasaan peri pelbagai, lantaran jauhnya bak sepurnama jauhnya. Dia cukup gigih, justeru semangatnya itu tak lekang dek lelah yang melanda.
Dijadikan sebuah hikayat bertemulah dia dengan sang pendita yang tak kurang misterinya. Dia lantas mengambil keputusan untuk bertapa, menimba ilmu dengan sang pendita tadi. Dia lihatnya keelokkan ilmu sang pendita yang kerap-kali menjadi daya tarik untuknya bersama dengan pendita itu.
Suatu hari, beberapa lama bersama, maka bertanyalah sang pendita kepada sang pemuda yang bersemangat itu.

“Wahai sang pemuda, barang kali bolehkah aku menduga kehebatanmu itu?”
Sang pemuda itu kaget tetapi tenang menjawab.
“Baiklah pendita yang bijaksana, adapun hamba bukanlah selayaknya untuk diduga, tetapi demi kehormatan tuan hamba maka bertanyalah…”
Pendita itu kagum. Lalu tersenyum bangga. Inilah pemuda yang menjadi contoh untuk masa kini. Tak dilengahkan masa maka ia bertanyalah,
“Baiklah, masa aku di sini pun hampir sahaja ke penghujungnya. Jadi, jawablah..”
Sang pemuda memasang telinganya dengan teliti, barang sepatah pun tidak mahu dilepasnya. Diangkatnya kata-kata yang terpacul nanti bagai amanat akhir pendita itu.
“Banyak-banyak hantu, hantu apa yang hebat?”
“Hah…?”
Tiba-tiba beberapa kelibat lembaga pantas menghampiri pendita itu lalu mengepungnya. Puaka hutan yang bisa menemaninya mungkin marah akan soalan tersebut.
“Pendita….”
“Maaf encik, kami daripada hospital mental, baru sahaja mendapat tahu pesakit kami terlepas di sini. Walaupun rupa si tua ini macam prof, tapi believe or not, dia ni tak betul!”
Terpinga-pingalah si pemuda itu. Dia menepuk dahinya tanda bengong sungguh…
“Jawapannya Hang Tuah, hahahha…!”
Si tua gila tadi menjerit-jerit sambil diheret oleh beberapa pembantu perubatan.
Maka, hikayat pun bermua…..

Namanya kekasih….

“AKU CINTA AKAN KAMU…..”

Wah, barangkali kalian tonton cerita cinta, kasih sayang ataupun dengan nama lainnya jiwang, kalian pasti kagum erti cinta mereka…. Tapi, setakat mana kasih kalian yang hendak kalian ciptakan untuk menjadi seorang kekasih… Oi… oi… oi….

Inilah persoalannya. Si lelaki yang sanggup menghabiskan wang dengan niat untuk bersama kekasih, dan hanya itu sahajakah yang lelaki itu fikir? Takde ringan-ringan? Ataupun bagi menabur budi yang kelaknya gadis itu terperangkap dan berada dalam genggaman lelaki itu kerana terlalu banyak makan budi?

Oi…oi…oi…..

Si gadis pula sanggup keluar pada masa lapang bersama BALAK mereka supaya dapat bersama dan menghilang rindu semata-mata? Bukankah kerana mereka ingin dimanjakan, dihidangkan metarial mewah dan sesekali mahukan sentuhan sang lelaki itu?

Oi…oi…oi….

Akhirnya, kasih itu tidak berkekalan… Si jejaka salahkan sikap tak memahami si gadis. Si gadis memburuk-burukkan ego si jejaka itu pula. Begitulah, oi…oi…oi….

Kasihnya seorang kekasih kerana tarikan seksual. Tiada lebih, tiada kurang. Inilah yang dirumuskan oleh Sigmund Freud, manusia ini terbentuk daripada sifat seksnya, LIBIDO, yang dirumuskan sebagai nafsu oleh kita.

Oi…oi….oi…. Hebatnya nafsu kerana benda inilah yang akan membentuk kamu.

Kesimpulannya, janganlah POYO mengatakan kalian IKHLAS mencintai kekasih anda. Sedangkan mereka yang belajar AGAMA berusaha berkahwin lebih awal kerana TAKUT, kelak nafsu mereka tak mampu dikawal!

Kalian pula BONGKAK mengatakan kalian perlu bercinta dahulu untuk mengenali hati dan budi (ke BODY?) pasangan kalian, supaya tidak menyesal kemudian. Mulalah kalian berpegangan, bersentuhan, dan sebagai-an lagi, dan tak rasa BAHAGIA, kalian beralih yang lain. Macam  TOUCH n GO!

Alasan kalian,  zaman dah berubah!

Oi…oi…oi…. Kalian ini akhirnya yang SAYA gelar, SECOND HAND!

lelouch

MISTERI LAILATUL QADAR……..

MISTERI LAILATUL QADAR……..

“LEPAS BASUH PINGGAN, IKUT ABAH PERGI MASJID,” KATA ABAH SEPARUH MEMERINTAH. AKU MEMANDANG KEPADA EMAK. EMAK ANGGUK SAHAJA. MAKSUDNYA EMAK MAHU AKU IKUT ABAH SOLAT SUBUH KE MASJID. JANGAN MELAWAN. NAMPAKNYA, AKU KENA BATALKAN NIAT UNTUK SAMBUNG TARIK GEBAR SELEPAS KENYANG BERSAHUR.

AKU BONCENG DI BELAKANG. KAMI TIDAK PAKAI HELMET. KOPIAH SAHAJA. GANJIL. DALAM CAHAYA SURAM MENJELANG SUBUH, AKU LIHAT KUBAH MASJID BERADA DI TANAH. BUKAN DI BUMBUNG MASJID. AJAIB.

ABAH MACAM TIDAK NAMPAK KEGANJILAN ITU. AKU CUIT BAHU DIA DAN TUNJUKKAN KE ARAH KUBAH YANG BERADA DI TANAH. MUNGKIN KUBAH ITU TENGAH SUJUD FIKIR AKU.

“KENAPA?” TANYA ABAH.

“LAILATUQADAR, ” KATA AKU DENGAN JARI MASIH MENUNJUK KEPADA KUBAH.

“KEPALA OTAK ENGKAU. BERAPA LAMA ENGKAU TAK KE MASJID?”

TIDAK PASAL-PASAL AKU KENA MARAH. ROSAK PENGALAMAN SUCI AKU INI.

“DIORANG TENGAH RENOVATE MASJID LA. BUMBUNG MASJID BOCOR.. PASAL TU KUBAH TU DIORG ANGKAT LETAK KAT TANAH..BODOH, ” SAMBUNG ABAH MEMAKI LAGI.

KALAU EMAK ADA DI SINI TENTU DIA ANGGUK SAHAJA. TERIMA SAHAJALAH. JANGAN MELAWAN. KADANG-KADANG ABAH LUPA YANG AKU TIDAK DUDUK KAMPUNG LAGI. AKU CUMA PULANG UNTUK CUTI RAYA.

MORAL : INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

Klik Ke 10,000!!!

Salam……..

Kepada semua yang sudi melawat blog ini, terima kasih. Tiada yang gembira selain daripada memberikan anda info terbaik dalam Blog ini.

Salam sayang daripada saya, dan selamat berpuasa….

Hn Harima

12th September 2008

Ubat Pelupa

Salam….

Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa:

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali
rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2
ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan
ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Qoran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu (
orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam
rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang.
Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain
sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan
side effect. Duit tu boleh
beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah
pada anak-anak yatim.

?
Bersenam secara tetap boleh meningkatkan kecerdasan minda

MEMANG sukar mengajak orang bersenam walaupun kebanyakan tahu manfaatnya,
tetapi ada penemuan baru yang mungkin boleh menaikkan semangat kita untuk
memulakan aktiviti yang memberi kesejahteraan sepanjang hayat.

Biasanya semangat untuk bersenam hanya marak pada awal tahun dan mulai malap
selepas beberapa bulan. Namun jangan biarkan ia terus padam kerana kajian
mendapati bersenam secara tetap sebenarnya boleh meningkatkan kecerdasan minda.

Kajian yang dijalankan ke atas tikus mendapati bersenam boleh merangsang
penghasilan neuron dalam kawasan ingatan pada otak haiwan itu. Tikus yang ?
disuruh? bersenam di atas roda bergerak belajar teknik baru dengan lebih baik
berbanding tikus yang banyak
berehat.

Kajian ini menarik kerana ia membandingkan prestasi antara tikus tua (seperti
orang berumur 70 tahun) dengan tikus muda (seperti orang berumur 20 tahun)
yang bersenam dengan berlari atas pelantar bergerak. Tikus ini kemudian
diberikan ujian untuk mencari platform yang diletakkan di tengah kolam air.

Hasil kajian sebulan itu mendapati tikus tua yang bersenam menunjukkan
prestasi sebaik tikus muda, manakala tikus tua yang tidak bersenam ?terlupa?
di mana letaknya platform.

Saintis percaya senaman mampu memberi kesan sama pada golongan tua untuk
merangsang daya fikiran mereka dan memperlahankan masalah pelupa yang sering
berlaku apabila umur meningkat.

Kajian ini juga memberi harapan kepada pesakit Alzheimer atau nyanyuk bahawa
proses penggantian semula sel otak yang mati boleh dirangsang semula dengan
menjalankan aktiviti fizikal setiap hari.

Senaman sebenarnya merangsang otak
untuk ?bekerja? pada kadar optimum apabila
ia menyebabkan sel saraf untuk berganda, menguatkan ?hubungan? antara sel dan
melindunginya daripada mengalami kecederaan.

Kajian terdahulu ke atas haiwan juga mendapati apabila bersenam, sel saraf
haiwan terbabit menghasilkan sejenis protein dipanggil faktor neurotrofik
(BDNF). Protein ini merangsang beberapa bahan kimia semula jadi lain untuk
meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Seorang pakar perubatan memberikan analogi senaman seumpama makan ubat. Jika
diambil pada dos tepat dan sesuai, ia mampu mengubati sesuatu penyakit pada
kadar seperti diharapkan. Namun jika dosnya terlalu kurang atau banyak,
hasilnya mungkin tidak seperti diharapkan atau boleh mendatangkan kesan
sampingan.

Tidak kira bagaimana kita menjaga penampilan, proses penuaan tetap berlaku.
Tiada siapa boleh menduga apa bakal berlaku apabila kita tua, namun banyak
penyakit
boleh dielakkan melalui senaman.

Semakin meningkat umur, organ kita turut mengalami penuaan dan fungsi otak
boleh menurun jika ia tidak dilindungi. Senaman aerobik sederhana juga
didapati boleh melindungi otak daripada mengalami kemerosotan sehingga
menjejaskan daya ingatan seperti dialami pesakit dementia atau Alzheimer.

Dalam kajian lain membandingkan senaman aerobik dengan regangan dan membina
bentuk badan mendapati, individu yang melakukan senaman aerobik menunjukkan
prestasi minda lebih baik. Mereka bukan saja dapat menjalankan tugas dengan
baik, malah daya tumpuan juga meningkat.

Selepas enam bulan, tahap kesihatan kardiovaskular kumpulan yang melakukan
senaman aerobik juga meningkat. Manakala perubahan pada kumpulan yang
melakukan senaman regangan tidak ketara.

Senaman aerobik ialah pergerakan sama dilakukan berulang kali seperti
berjalan, berjoging, mengayuh basikal, berenang atau
menari. Senaman selama 20
hingga 30 minit sehari, tiga atau empat kali seminggu sudah memadai dan boleh
memberikan manfaat besar kepada kita.

Tidak kira berapa pun usia kita sekarang, tiada istilah terlewat untuk menjaga
kesihatan dan memulakan senaman. Senaman lebih penting kepada orang tua untuk
mengekalkan keanjalan otot dan keseimbangan, menguatkan tulang dan mengelakkan
masalah keretakan tulang serta mampu mengatasi masalah sukar tidur.

Selain makanan, senaman adalah pelaburan terbaik untuk mengekalkan kesihatan.
Pelaburan ini juga mudah, memberi banyak manfaat yang tidak memerlukan wang.
Modal terpenting ialah kesedaran dan kesungguhan untuk menjadikannya amalan
sepanjang hayat kerana hasil pelaburan ini hanya dapat dirasai jika dilakukan
secara teratur dan berterusan.

Kesan positif

Kajian sejak lebih 50 tahun lalu juga membuktikan senaman memberi kesan
positif terhadap sistem
saraf kerana ia mampu:

> Mengurangkan kesakitan.
> Menguatkan ingatan.
> Merawat kemurungan.
> Menurun dan mengawal tekanan darah.
> Meningkatkan daya ketahanan badan.
> Merangsang aliran darah.
> Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot.

Rujukan : Harian Metro 1 Nov 2006

Tips untuk hari ini….

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.
Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;
Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – “daging lembu” atau “daging kambing”. Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.
Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; “ada lauk daging tak?”
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, “kambing ada, daging lembu tiada”.
Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, “kenapa tiada lauk lembu?”.
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.
Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur.
Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.
Anda boleh cuba di tempat anda!